Sabtu, 5 Februari 2011

Bulan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


Setelah beberapa hari mencari lagu yang sesuai untuk blog ini maka hasilnya saya telah memilih lagu bertajuk Bulan. Ada beberapa lagu sebenarnya yang dipertimbangkan tetapi rasanya lagu Bulan yang paling sesuai. Lagu Memori Tercipta pun sesuai sebenarnya...Rasa-rasanya kalau setiap bulan tukar lagu??? (note: kalau dah bosan +  ada mood +  rajin = saya tukar). Sebab lagu Bulan ni kena pilih? Lagu ni pasal persahabatan...tidak lah jiwang dan tidak juga ada unsur-unsur rock...suka muzik lagu ni...suara penyanyi lagu ni comel...oleh kerana blog ini blog wisma PEREMPUAN maka penyanyi lagu pun kena PEREMPUAN juga...hehehe. Sekian.

(note : mahu habis cuti sudah...tugasan sudah siap? in progress...)


Selasa, 1 Februari 2011

Joging dan Senam Robik

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sementara masih cuti ni...kiranya ada masa terluang la kan...selagi itu saya cuba post semua aktiviti yang telah dilaksanakan mengikut takwim aktiviti wisma Mawar. Mungkin ada yang perasan...ada entri yang guna ayat skema dan ada entri guna ayat tak skema macam entri ini. Harap dimaafkan di atas stail penulisan entri di blog ini.

Aktiviti yang paling latest ialah joging dan senam robik yang telah dilaksanakan pada hari Sabtu minggu lalu...30 Januari. Hari itu memang kebanyakan penghuni sudah pulang  bercuti. Pagi itu seramai 13 orang penghuni yang telah sama-sama berjoging dan bersenam robik. Meskipun dalam bilangan yang sedikit...tapi tetap enjoy...bayangkan kalau seratus lebih penghuni wisma Mawar sama-sama berjoging dan bersenam robik...mesti lagi seronok!

Kronologi aktiviti...kami berkumpul depan wisma Mawar dalam jam 6 pagi. Selepas itu buat sesi warm up dan kemudian joging pusing padang dan gim. Aktiviti joging diketuai oleh AJK Sukan dan Rekreasi wisma Mawar iaitu adik Jessica. Selepas itu, aktiviti senam robik pula diketuai oleh Ketua Wisma iaitu Siti Maisarah. Kiranya senam robik ni ada unsur tarian la...ada tarian Jai Ho (filem hindi...Slamdog Millionaire), Poco-poco, Burung Kakak Tua, Tanya Sama Pokok, Semut-semut Kecil, Lambada...Manakala sesi cooling down pula guna lagu Bintang Kecil (mesti tertanya-tanya macam mana cooling down guna lagu tu kan...???......hehehe memang cool...


Jom tengok gambar...



Sesi warm up sebelum mula joging



Joging di pagi yang sejuk



Inilah gambar paling comel hari tu (lagu Burung Kakak Tua)



Terima kasih kepada semua penghuni yang turun pada pagi itu. Semangat betul kita kan! Akhir kata...aktifkan dirimu...


(note: masuk bulan Februari sudah pula kan...sekejap saja masa berlalu...cuti pun tinggal 5 hari lagi)

Pengredan Bilik Wisma Mawar

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


Entri kali ini akan saya ceritakan pula mengenai pengredan bilik yang telah dilaksanakan pada hari Rabu bersamaan 26 Januari bagi wisma Mawar. Saya pasti bahawa semua penghuni asrama tentu sedia maklum bahawa bermula semester ini pelbagai perubahan akan cuba dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan asrama di IPG Kampus Tawau ini. Oleh itu, usaha mengred setiap bilik telah dilaksanakan bagi memastikan setiap bilik berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.

Pengredan bilik dilakukan dengan memberi skala iaitu 0-5 bintang kepada setiap bilik. Tahniah diucapkan kepada penghuni bagi bilik-bilik yang telah mendapat 3 bintang ke atas. Manakala, kepada yang mendapat 2 bintang ke bawah, jangan berputus asa...masih ada masa lagi untuk membuat perubahan. Untuk pengetahuan semua, pengredan bilik ini akan dilakukan setiap bulan. Oleh itu, bersama-samalah kita cuba mencapai matlamat wisma Mawar iaitu setiap bilik di wisma Mawar haruslah mendapat 3 bintang ke atas.

Jika mempunyai kesempatan, pada bulan depan saya akan sertakan gambar bilik-bilik yang mendapat 3 bintang ke atas.   Akhir kata, bersihkan...kemaskan...dan ceria-ceriakanlah bilik kita...untuk keselesaan kita juga. Sekian, terima kasih.

(Note: bintang-bintang di pintu...0,1,2,3,4 dan 5...bersih,kemas dan ceria...tak mustahil dapat 5...nyanyi ikut muzik lagu twinkle-twinkle little star)

Isnin, 31 Januari 2011

Hari Kebajikan Eratkan Ikatan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Pada 22 Januari lalu iaitu bersamaan hari Sabtu, Hari Kebajikan Eratkan Ikatan telah dilaksanakan bukan sahaja di wisma Mawar tetapi juga wisma-wisma lain.  Hari tersebut diadakan bagi mengumpulkan derma barangan terpakai serta sumbangan ikhlas wang ringgit daripada para penghuni asrama serta pensyarah bagi membantu mereka yang memerlukan. Sumbangan tersebut telah diserahkan kepada warga Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh, Tawau melalui aktiviti tutorial unit Pendidikan Khas Januari 2010. Aktiviti tutorial tersebut merupakan majlis minum petang bersama dengan penghuni Rumah Anak Yatim. Selain itu, terdapat beberapa aktiviti telah diatur untuk menghiburkan adik-adik di sana yang berjumlah  seramai 30 orang (note: semua lelaki).

Saya mewakili unit Pendidikan Khas dan seluruh penghuni asrama, ingin mengucapkan ribuan ucapan terima kasih kepada  Pengarah IPG Kampus Tawau iaitu Puan Hajah Masni Binti Madat di atas kesudian beliau untuk turut bersama-sama hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. Ucapan terima kasih turut diucapkan kepada Encik Mazania Hj. Kasimin, Puan Pauziah Abd Wahab  dan Cik Sefiah Abdul Kahar yang turut sama hadir memberikan sokongan kepada aktiviti amal tersebut. Tidak dilupa, warden wisma Mawar yang juga tutor bagi unit Pendidikan Khas iaitu Puan Noraini Zakaria. Terima kasih puan kerana memberi kepercayaan kepada kami.

Puan Noraini berada di wisma Mawar sewaktu Hari Kebajikan

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PENGHUNI ASRAMA DAN PARA PENSYARAH YANG TELAH SUDI MENDERMA BARANGAN TERPAKAI MAHUPUN WANG RINGGIT

Kenangan terindah...



Selamat Datang ke Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh



Apa yang penting? Kerjasama...



 Inilah 7 orang jejaka yang turut serta




Begini caranya potong sosej...



Apa yang sedap? Popia!



Air! Air! Air!



Tak ingat apa nama permainan ni...permainan teka-teka....
(contoh : kucing tu warna biru...pandai cakap...ada poket ajaib?  jawapan : DORAEMON)


Ini kalau tak silap kumpulan sanggar (pisang goreng)



Ini kumpulan burb...burb...bubur


Semangat betul kumpulan air ni (Note: sebenarnya  nama
kumpulan ikut nama makanan yang dimasak petang itu)

  

Adik-adik ni tengah hantar mesej (nama permainan ni telefon rosak)



Solat berjemaah bersama-sama

Jom makan...


     Pengarah menyampaikan ucapan beliau




            Penyampaian sumbangan derma wang ringgit kepada Encik Ramalan Bin Marusin





Bergambar beramai-ramai



Adik-adik dapat bungkusan berisi gula-gula dan buah oren.



Puan Noraini, Puan Pauziah dan Cik Sefiah



Last but not least, our wonderful photographer..Tracy




Akhir sekali,  terima kasih diucapkan kepada lima orang pelajar junior yang sanggup datang bersama-sama membantu kami pada hari itu...Ali, Daus, Sabri, Zairey dan Tracy. Terima kasih...all of you did wonderful job.  Saya yakin pengalaman kita pada hari itu merupakan antara kenangan terindah dan memori yang sukar dilupakan...seronok berada bersama mereka kan? Semoga mereka berjaya menempuh liku kehidupan...semoga hati mereka dikuatkan dengan ketabahan...semoga hari mereka diisi dengan senyuman...dan harapan kita semoga ada di antara mereka yang turut sama menjejakkan kaki menimba ilmu di IPG kelak. Sekian sahaja... When you smile...your heart will smile too...

Ahad, 30 Januari 2011

Jan Roses Birthday

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Jan Roses Birthday telah diadakan pada 16 Januari yang lalu bertempat di Bilik Rekreasi Wisma Mawar. Majlis hari lahir tersebut diadakan untuk meraikan 13 orang penghuni yang lahir pada bulan Januari. Mereka ialah Kak Nurhasanah, Kak Ayunni, Kak Saridah, Kak Aida, Kak Rinnie, Kak Hidayu, Juwairiyah, Sarimah, Hairunizah, Sharmila, Hamizah, Sandra dan Jane Stephanie. Tema bagi  birthday girl  bagi bulan januari ialah merah jambu. Secara keseluruhannya,  setiap aras telah menjalankan tugas dengan baik sekali...makanan memang sedap (note: tapi tak cukup...tambah bajet untuk bulan depan), bilik rekreasi sudah tukar wajah...memang cantik.

Majlis pada malam itu memang cukup meriah ditambah lagi dengan kehadiran dua orang pensyarah selaku warden wisma Dahlia iaitu Puan Nor Annisa Hj. Kadri dan warden wisma Teratai iaitu Puan Anna Kodoh. Pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu antaranya cabutan tiket bertuah (note: tahniah kepada yang bertuah malam itu), permainan  How many love you have? yang lucu, seronok dan comel, selepas itu setiap birthday girl kena buat ucapan dan mereka dapat hadiah (note: memang lucu sangat gelagat mereka semua semasa buat ucapan...) akhir sekali upacara memotong kek dan makan-makan.

Jom tengok gambar...





Tengah kupas bawang


Potong bawang sambil tonton tv 


 Tengah goreng keropok

 Makan nasi panas + mangga muda + sambal kicap + ikan masin + telur goreng = SEDAP

Yeah...cantik sudah bilik rekreasi


Wajah baru Bilik rekreasi (note: tema birthday)



 Comelkan?



Kek birthday girl (note: ada 3 kek semuanya)


Sebenarnya, ada beberapa gambar lagi yang saya nak attach tapi terlalu lambat. So, for those who want to get the pictures, you can come to see me.  Jan birthday girl, Selamat Hari Lahir dan semoga mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Tidak dilupa, kepada Puan Nor Annisa yang telahpun berpindah...Terima kasih di atas kata-kata semangat puan. Semoga puan terus sukses dan bahagia di samping insan tersayang. (Note : tak lama lagi bulan Februari). Jumpa lagi di entri seterusnya.

SELAMAT DATANG

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


Pertama sekali, syukur alhamdulillah kepada Allah S.W.T kerana dapat juga blog ini diwujudkan untuk tatapan kita semua. Terima kasih kepada Puan Noraini selaku warden wisma Mawar kerana telah mencadangkan kewujudan blog ini. Diharap dengan adanya blog ini, segala aktiviti yang dilaksanakan oleh penghuni wisma Mawar dapat menjadi tatapan penghuni wisma Mawar khasnya serta pembaca sekalian. Beberapa aktiviti telah dijalankan sebelum ini iaitu Jan Roses Birthday, hari derma barangan terpakai dan sumbangan wang untuk Rumah Anak Yatim Ar Raudhoh dan mereka yang memerlukan, pengredan bilik serta aktiviti joging dan senam robik. Nanti saya akan publish cerita pasal aktiviti-aktiviti tersebut beserta gambar sekali...