Selasa, 1 Februari 2011

Pengredan Bilik Wisma Mawar

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


Entri kali ini akan saya ceritakan pula mengenai pengredan bilik yang telah dilaksanakan pada hari Rabu bersamaan 26 Januari bagi wisma Mawar. Saya pasti bahawa semua penghuni asrama tentu sedia maklum bahawa bermula semester ini pelbagai perubahan akan cuba dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan asrama di IPG Kampus Tawau ini. Oleh itu, usaha mengred setiap bilik telah dilaksanakan bagi memastikan setiap bilik berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.

Pengredan bilik dilakukan dengan memberi skala iaitu 0-5 bintang kepada setiap bilik. Tahniah diucapkan kepada penghuni bagi bilik-bilik yang telah mendapat 3 bintang ke atas. Manakala, kepada yang mendapat 2 bintang ke bawah, jangan berputus asa...masih ada masa lagi untuk membuat perubahan. Untuk pengetahuan semua, pengredan bilik ini akan dilakukan setiap bulan. Oleh itu, bersama-samalah kita cuba mencapai matlamat wisma Mawar iaitu setiap bilik di wisma Mawar haruslah mendapat 3 bintang ke atas.

Jika mempunyai kesempatan, pada bulan depan saya akan sertakan gambar bilik-bilik yang mendapat 3 bintang ke atas.   Akhir kata, bersihkan...kemaskan...dan ceria-ceriakanlah bilik kita...untuk keselesaan kita juga. Sekian, terima kasih.

(Note: bintang-bintang di pintu...0,1,2,3,4 dan 5...bersih,kemas dan ceria...tak mustahil dapat 5...nyanyi ikut muzik lagu twinkle-twinkle little star)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan