Sabtu, 5 Februari 2011

Bulan

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


Setelah beberapa hari mencari lagu yang sesuai untuk blog ini maka hasilnya saya telah memilih lagu bertajuk Bulan. Ada beberapa lagu sebenarnya yang dipertimbangkan tetapi rasanya lagu Bulan yang paling sesuai. Lagu Memori Tercipta pun sesuai sebenarnya...Rasa-rasanya kalau setiap bulan tukar lagu??? (note: kalau dah bosan +  ada mood +  rajin = saya tukar). Sebab lagu Bulan ni kena pilih? Lagu ni pasal persahabatan...tidak lah jiwang dan tidak juga ada unsur-unsur rock...suka muzik lagu ni...suara penyanyi lagu ni comel...oleh kerana blog ini blog wisma PEREMPUAN maka penyanyi lagu pun kena PEREMPUAN juga...hehehe. Sekian.

(note : mahu habis cuti sudah...tugasan sudah siap? in progress...)


Selasa, 1 Februari 2011

Joging dan Senam Robik

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Sementara masih cuti ni...kiranya ada masa terluang la kan...selagi itu saya cuba post semua aktiviti yang telah dilaksanakan mengikut takwim aktiviti wisma Mawar. Mungkin ada yang perasan...ada entri yang guna ayat skema dan ada entri guna ayat tak skema macam entri ini. Harap dimaafkan di atas stail penulisan entri di blog ini.

Aktiviti yang paling latest ialah joging dan senam robik yang telah dilaksanakan pada hari Sabtu minggu lalu...30 Januari. Hari itu memang kebanyakan penghuni sudah pulang  bercuti. Pagi itu seramai 13 orang penghuni yang telah sama-sama berjoging dan bersenam robik. Meskipun dalam bilangan yang sedikit...tapi tetap enjoy...bayangkan kalau seratus lebih penghuni wisma Mawar sama-sama berjoging dan bersenam robik...mesti lagi seronok!

Kronologi aktiviti...kami berkumpul depan wisma Mawar dalam jam 6 pagi. Selepas itu buat sesi warm up dan kemudian joging pusing padang dan gim. Aktiviti joging diketuai oleh AJK Sukan dan Rekreasi wisma Mawar iaitu adik Jessica. Selepas itu, aktiviti senam robik pula diketuai oleh Ketua Wisma iaitu Siti Maisarah. Kiranya senam robik ni ada unsur tarian la...ada tarian Jai Ho (filem hindi...Slamdog Millionaire), Poco-poco, Burung Kakak Tua, Tanya Sama Pokok, Semut-semut Kecil, Lambada...Manakala sesi cooling down pula guna lagu Bintang Kecil (mesti tertanya-tanya macam mana cooling down guna lagu tu kan...???......hehehe memang cool...


Jom tengok gambar...



Sesi warm up sebelum mula joging



Joging di pagi yang sejuk



Inilah gambar paling comel hari tu (lagu Burung Kakak Tua)



Terima kasih kepada semua penghuni yang turun pada pagi itu. Semangat betul kita kan! Akhir kata...aktifkan dirimu...


(note: masuk bulan Februari sudah pula kan...sekejap saja masa berlalu...cuti pun tinggal 5 hari lagi)

Pengredan Bilik Wisma Mawar

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,


Entri kali ini akan saya ceritakan pula mengenai pengredan bilik yang telah dilaksanakan pada hari Rabu bersamaan 26 Januari bagi wisma Mawar. Saya pasti bahawa semua penghuni asrama tentu sedia maklum bahawa bermula semester ini pelbagai perubahan akan cuba dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan asrama di IPG Kampus Tawau ini. Oleh itu, usaha mengred setiap bilik telah dilaksanakan bagi memastikan setiap bilik berada dalam keadaan bersih, kemas dan ceria.

Pengredan bilik dilakukan dengan memberi skala iaitu 0-5 bintang kepada setiap bilik. Tahniah diucapkan kepada penghuni bagi bilik-bilik yang telah mendapat 3 bintang ke atas. Manakala, kepada yang mendapat 2 bintang ke bawah, jangan berputus asa...masih ada masa lagi untuk membuat perubahan. Untuk pengetahuan semua, pengredan bilik ini akan dilakukan setiap bulan. Oleh itu, bersama-samalah kita cuba mencapai matlamat wisma Mawar iaitu setiap bilik di wisma Mawar haruslah mendapat 3 bintang ke atas.

Jika mempunyai kesempatan, pada bulan depan saya akan sertakan gambar bilik-bilik yang mendapat 3 bintang ke atas.   Akhir kata, bersihkan...kemaskan...dan ceria-ceriakanlah bilik kita...untuk keselesaan kita juga. Sekian, terima kasih.

(Note: bintang-bintang di pintu...0,1,2,3,4 dan 5...bersih,kemas dan ceria...tak mustahil dapat 5...nyanyi ikut muzik lagu twinkle-twinkle little star)