Sabtu, 5 Mac 2011

Mawar Tak Sunyi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Oleh kerana, wisma Mawar ni merupakan wisma yang mempunyai paling ramai penghuni maka tidaklah terasa sunyi sangat walaupun minggu depan bermula sudah minggu PBS bagi PISMP Januari  2010...ditambah lagi dengan penghuni semester 7 sedang menjalani praktikum. Ada penghuni telah pulang ke kampung halaman masing-masing atau kampung halaman rakan-rakan... ataupun tinggal di luar IP.


Manakala, tak lama lagi senior semester 5 pula yang akan praktikum...wah dewasa sudah kita...sebenarnya jangka masa kita 5 tahun setengah di IP Tawau ni sekejap saja akan berlalu...jom nikmati kehidupan di IP ini dengan sebaik-baiknya...nanti sudah graduate dengan izin Allah S.W.T, saya yakin mesti kita semua akan rindu dengan kehidupan di IP ni...rindu bergelak ketawa sambil cerita lucu-lucu dengan kawan-kawan....rindu bersukan di gimnasium, gelanggang dan padang IP...rindu main basikal keliling IP...rindu dengan para pensyarah yang memang best...rindu dengan program atau aktiviti IP...rindu dengan bilik kita yang ada bintang-bintang tu...hehehe macam-macam lagi rindu la...terpulang pada masing-masing...

Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat menjani Program Berasaskan Sekolah (PBS) kepada rakan-rakan PISMP Ambilan Januari 2010, Junior PISMP Ambilan Januari 2011 & KPLI Ambilan Januari 2011. Selamat Menjalani Praktikum kepada Senior PISMP Semester 7 dan Semester 5...Semoga berbahagia menjalani kehidupan di sekolah...sejuk hati kena panggil dengan gelaran 'CIKGU'.












Assalamualaikum dan Selamat Pagi Cikgu!

Jumaat, 4 Mac 2011

Feb Roses Birthday

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


Hampir sebulan rasanya saya tidak update blog ini dengan aktiviti wisma...kerana kesibukan sangat menjadi-jadi pada bulan Febuari lalu... Aktiviti wisma Mawar yang dapat dilaksanakan pada bulan Februari lalu ialah Sambutan Hari Lahir Bulan Febuari. Majlis ini telah diadakan pada 19 Febuari 2011 yang lalu bersamaan hari Sabtu bertempat di Bilik Rekreasi Aras Bawah Wisma Mawar.

Birthday girl bagi bulan februari ialah:

1. Evalorenna (01 Feb)
2. Fazlina  (02 Feb)
3. Stephenie H. (11 Feb)
4. Celestina (12 Feb)
5. Laura (17 Feb)
6. Marsaila (18 Feb)
7. Nurainn (21 Feb)
8. Elvy Valerie (22 Feb)
9. Azlinah (25 Feb)
10. Sheena (26 Feb)


Terima kasih kepada Kak Teja kerana sudi meminjamkan kamera beliau yang fabulous itu...Kak Teja juga merangkap pengerusi majlis pada malam itu...


Syukur alhamdulillah kerana kali ini makanan cukup...malah lebih lagi...hehehe (siapa yang dapat sosej lebih tu ah?). Birthday girls semuanya memakai baju bewarna biru mengikut tema...gembira sebab Puan Noraini dapat hadir pada malam itu...terima kasih puan.


Jom tengok gambar...


Sosej yang digoreng


Mesti comelkan kalau kek kali ini ada gambar Doraemon...
sebab tema biru...hehehe



Ada perubahan




Kak Fazlina sedang menyampaikan ucapan beliau (she also Queen of the Night)


Potong keknya...potong keknya sekarang...




Happy birthday dear birthday girls...may your wishes come true...work for it

Harap dimaafkan kerana tidak banyak gambar yang dapat saya upload kali ini...

Jumpa lagi di entri seterusnya...