Jan Roses Birthday telah diadakan pada 16 Januari yang lalu bertempat di Bilik Rekreasi Wisma Mawar. Majlis hari lahir tersebut diadakan untuk meraikan 13 orang penghuni yang lahir pada bulan Januari. Mereka ialah Kak Nurhasanah, Kak Ayunni, Kak Saridah, Kak Aida, Kak Rinnie, Kak Hidayu, Juwairiyah, Sarimah, Hairunizah, Sharmila, Hamizah, Sandra dan Jane Stephanie. Tema bagi birthday girl bagi bulan januari ialah merah jambu. Secara keseluruhannya, setiap aras telah menjalankan tugas dengan baik sekali...makanan memang sedap (note: tapi tak cukup...tambah bajet untuk bulan depan), bilik rekreasi sudah tukar wajah...memang cantik.
Majlis pada malam itu memang cukup meriah ditambah lagi dengan kehadiran dua orang pensyarah selaku warden wisma Dahlia iaitu Puan Nor Annisa Hj. Kadri dan warden wisma Teratai iaitu Puan Anna Kodoh. Pelbagai aktiviti telah dijalankan iaitu antaranya cabutan tiket bertuah (note: tahniah kepada yang bertuah malam itu), permainan How many love you have? yang lucu, seronok dan comel, selepas itu setiap birthday girl kena buat ucapan dan mereka dapat hadiah (note: memang lucu sangat gelagat mereka semua semasa buat ucapan...) akhir sekali upacara memotong kek dan makan-makan.
Jom tengok gambar...
Tengah kupas bawang
Potong bawang sambil tonton tv
Tengah goreng keropok
Makan nasi panas + mangga muda + sambal kicap + ikan masin + telur goreng = SEDAP
Yeah...cantik sudah bilik rekreasi
Wajah baru Bilik rekreasi (note: tema birthday)
Comelkan?
Kek birthday girl (note: ada 3 kek semuanya)
Sebenarnya, ada beberapa gambar lagi yang saya nak attach tapi terlalu lambat. So, for those who want to get the pictures, you can come to see me. Jan birthday girl, Selamat Hari Lahir dan semoga mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Tidak dilupa, kepada Puan Nor Annisa yang telahpun berpindah...Terima kasih di atas kata-kata semangat puan. Semoga puan terus sukses dan bahagia di samping insan tersayang. (Note : tak lama lagi bulan Februari). Jumpa lagi di entri seterusnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan